top of page

Syarat Penyertaan

Syarat Penyertaan nTrends'21:

 

1.Penyertaan sebagai pembentang (Telesidang) untuk seminar penyelidikan nTrends'21 adalah terbuka kepada pensyarah dan pelajar:

  • Kolej Komuniti

  • Politeknik

  • IPTA / IPTS / ILKA

  • Institusi TVET

 

2. Satu kumpulan penyertaan TIDAK BOLEH melebihi daripada tiga (3) orang ahli.

 

3. Skop persidangan:

    •Teknologi dan Kejuruteraan

    •Sains dan Matematik

    •Sains Sosial

    •Komputer dan ICT

    •Rekabentuk Seni dan Kreatif

    •Ekonomi, Perniagaan dan Pengurusan

    •Pendidikan dan TVET

    •Kajian Tindakan

    •Lain-lain

4. Tarikh akhir penghantaran kertas kajian penuh adalah pada 04 OGOS 2021. (Rujuk menu Pendaftaran Kertas Kajian).

 

5. Peserta akan menerima Notifikasi Penerimaan dari pihak penganjur sekiranya kertas penuh diterima.

 

6. Kertas kajian yang tidak mengikut format template yang disediakan tidak akan diterima.

 

7. Kertas kajian akan disemak oleh Panel Penilai yang telah dilantik.

 

8. Kertas kajian dengan pembetulan berdasarkan komen penilai perlu dihantar selewat-lewatnya 15 Ogos 2021.

9.Untuk semua kertas kajian yang diterima, yuran pendaftaran bagi kertas kajian perlu dibayar selewat-lewatnya 15 Ogos 2021.

10.Para peserta perlu menjelaskan bayaran atas nama Koperasi Politeknik Ibrahim Sultan JB Bhd. Bukti pembayaran yuran perlu dimuatnaik di dalam pautan yang disediakan (Rujuk menu Yuran).

 

11.Yuran pendaftaran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak dapat menyertai persidangan.

 

12.Kertas kajian yang tidak diperbaiki berdasarkan komen penilai tidak akan diterbitkan ke dalam e-Prosiding.

 

13.Setiap pembentang perlu menyediakan slaid pembentangan mengikut format template yang disediakan dan perlu dimuatnaik melalui pautan yang disediakan selewat-lewatnya 20 Ogos 2021.

 

14.Setiap pembentang diberi tempoh 15 minit untuk sesi pembentangan dan tambahan 5 minit untuk sesi soal jawab.

 

15.Kertas kajian yang gagal dibentangkan akan dikeluarkan daripada penyertaan. Segala tuntutan yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan.

 

16. Anugerah seperti di bawah akan diumumkan di majlis penutup nTrends’21:

 

  • Anugerah Kertas Kajian Terbaik (Kategori Staf)

  • Anugerah Kertas Kajian Terbaik (Kategori Pelajar)

  • Anugerah Pembentang Terbaik (Kategori Staf)

  • Anugerah Pembentang Terbaik (Kategori Pelajar)

 

17.E-Sijil pembentang hanya diberikan kepada peserta yang membuat pembentangan (terhad kepada  satu (1) orang pembentang sahaja) dan penerima anugerah. Kredit automatik diberikan kepada semua penulis dan akan diterbitkan di dalam E-Prosiding.

 

18.Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan manuskrip yang tidak memenuhi syarat persidangan atau penyerahan, tanpa persetujuan pengarang atau pengarang bersama. Bahan persidangan tidak akan dihantar kepada peserta atau pembentang yang tidak dapat menghadiri persidangan.

bottom of page