top of page

Objektif dan Tema

Program ini memberikan peluang khusus kepada para pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti untuk mengemukakan hasil penyelidikan di peringkat kebangsaan. Penganjuran program ini juga dapat menggalakkan dan membudayakan penciptaan  dan penyelidikan di kalangan para pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti. Usaha ini juga dapat memupuk motivasi untuk penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, kompetensi dan kreativiti di kalangan warga Politeknik dan Kolej Komuniti.

Objektif

  • Menjadi platform kepada peserta seminar membentangkan hasil kajian berkaitan pengajaran dan pembelajaran teknik dan vokasional.

  • Mewujudkan platform interaksi dan perkongsian maklumat kajian di kalangan para peserta seminar.

  • Membina jaringan antara warga Politeknik & Kolej Komuniti dalam meningkatkan pengetahuan dan percambahan idea.

  • Memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar dalam pengendalian seminar penyelidikan.

  • Mewujudkan ukhwah, kerjasama dan pertukaran kemahiran di antara pelajar, pensyarah dan warga kerja seminar dalam pengendalian program.
     

Tema: “Penyelidikan dan Inovasi Pemacu Kemampanan Pendidikan TVET ” 

               “Research and Innovation Drive the Sustainability of TVET Education”

bottom of page